Betong merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Betong dalam bahagian Betong. Ia terdiri daripada beberapa daerah kecil lain iaitu Spaoh, Debak, Pusa dan Maludam. Daerah Betong adalah dibawah kendalian seorang Pegawai Daerah manakala Daerah kecil Spaoh, Debak, Pusa dan Maludam masing-masingnya ditadbir oleh seorang Pegawai Tadbir Menguasa Sarawak.