Bukit Saban Tropical Resort ini yang terletak lebih kurang 290 KM dari Kuching dibina berlatarbelakang suasana rumah panjang. Penduduk Iban di rumah panjang sekitar Bukit Saban sedia menerima kunjungan pelancong samada dari dalam atau luar negeri. Bukit Saban Resort adalah tempat peranginan rimba yang serba menghijau. Ia sangat sesuai bagi mereka yang suka kepada ketenangan dan kedamaian alam semulajadi. Kicauan burung dan unggas adalah antara penghibur kepada pengunjung di resort ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti tarian tradisional, kraftangan dan menikmati makanan masyarakat Iban di sini. Resort ini juga menawarkan aktiviti kembara berbasikal, menyusuri sungai dengan menaiki bot, aktiviti trek berjalan kaki dan pelbagai lagi.
Salah satu daripada air terjun di sini ialah Air Terjun Naning yang terletak lebih kurang 2KM dari Bukit Saban Tropical Resort. Ia merupakan salah satu destinasi yang menjadi tarikan pengunjung yang datang ke Bukit Saban Tropical Resort.
Composed: 09/30/2009
|
Modified: 09/30/2009
08 April 2010 Maklumat Kursus ICT Pusat Internet Desa Betong