Pusat Internet Desa Betong ditubuhkan pada awal 2003. Penubuhan Pusat Internet ini amat diperlukan di kawasan Bandar seperti Bandar Betong.
Dalam menuju Wawasan 2020,berbagai usaha dilakukan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang kaya maklumat.Pada masa sekarang, rakyat yang tinggal di bandar sentiasa bersaing meningkatkan kemahiran diri khasnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) untuk turut serta dalam gelombang ICT yang pesat berkembang yang kini menjadi asas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi.Bagaimanapun,senario di luar bandar amat berbeza di mana terdapat amat kurang persaingan.Ini mungkin berlaku hasil dari beberapafaktor seperti kekurangan infrastruktur,tahap kesedaran pentingnya ICT yang rendah kekurangan kandungan tempatan dan kurang kemampuan.
Menyedari hakikat tersebut,Kementerian ini telah memperkenalkan Program Internet Desa(PID) dalam bulan Mac tahun 2000. Program ini telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2000.Projek perintis PID telah dilaksanakan ke setiap negeri di Semenanjung,Sabah dan Sarawak dan telah ditempatkan di Pejabat-Pejabat Pos.
OBJEKTIF
Objektif Program ini adalah untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat yang kaya maklumat dengan miskin maklumat. Pelaksanaan program ini diutamakan ke kawasan luar bandar dan juga kawasan-kawasan yang kurang dijangkau. Teras utama program ini adalah:
-
Pembangunan infrastruktur .
-
Mengadakan latihan berterusan dari masa ke semasa.
-
Menggalakkan pembangunan kandungan tempatan (Local Content).